MEMANGGIL SEMUA PEMBELI DI TAMAN GONG PERMAI

0 comments
Tujuan saya membuka website ini adalah untuk komuniti TAMAN GONG PERMAI untuk berkongsi dan apa saja yang terlintas untuk kebaikan komuniti nanti. Sebagai pembeli juga saya merasa sangat kecewa dengan apa yang terjadi pada projek tersebut.

Pernah saya berborak dengan seorang rakan tentang projek ini dan tampa sebab yang kukuh ianya tidak berjalan seperti yang dirancang,(setiap kali call tak tau apa sebab) mengikut apa yang dia katakan salah satu sebab projek bermasalah kerana harga unit yg dijual tidak dapat menampung kos projek yang mungkin lebih. Itu semua jika bagi saya tidak penting...apa yang penting sekarang adalah keputusan yang muktamad samada nak diteruskan atau tidak..

Saya tiada pengalaman dalam pembelian rumah, sebab ini adalah rumah pertama yang saya beli. Lagipun setakat gaji 1.5K rumah harga berapa yang boleh dibeli sekarang. Semua rumah harga dah 150K >, Tiada hartanah yang harga seperti SPNB tawarkan. Sekarang sebagai pembeli juga saya nak mengajak sesiapa yang membeli rumah di sini bolehkah kita berkumpul dan berbincang apa yang kita perlu lakukan untuk mempercepatkan keputusan projek ini. Perlukah kita tunggu sehingga tamat S&P dan buat tuntutan atau pada SPNB sekarang untuk menyelesaikan masalah ini.

Bayangkan berapa banyak duit lagi yang perlu dilaburkan untuk rumah sewa. Saya menyewa RM500 sebulan. Projek sepatutnya siap JUN atau JULAI 2012 sekarang dan bulan 3, ada lebih kurang 15 bulan lagi sebelum rumah sepatutnya siap. Anda boleh kira selepas tarikh sepatut siap dan seterusnya untuk menunggu rumah yang terbegkalai siap. Setahun saya kena belanja 6k untuk rumah sewa. Nasib baik SPNB tidak mengambil duit dari Bank lagi jika tidak kena bayar duit bank lagi dan sewa juga...

Saya telah call En.Najib (Marketing department) hari ini dia juga tidak dapat memberi apa jawapan, apa yang di beritahu saya Marketing Department kena tunggu keputusan daripada ENGINEER department dan juga CONSULTANT. Esok saya akan cuba call ENGINEER department dan juga CONSULTANT tengok apa kata mereka, saya akan update lagi..

DI SINI SAYA TINGGALKAN NO. HANDPHONE SAYA 016 DUA KOSONG KOSONG TUJUH EMPAT TUJUH TUJUH. SILA MESEJ SAHAJA jika anda ingin mengikuti perjumpaan nanti TULIS "SAYA PEMBELI TAMAN GONG PERMAI". Saya akan record no telefon anda dan akan hubungi anda semua dan JIKA ANDA MEMPUNYAI IDEA DAN BERPENGALAMAN DALAM URUSAN PEMBELIAN sila terus hubungi saya. SAYA AMAT BERHARAP KITA DAPAT BERJUMPA DAN BERBINCANG.

SAYA PERCAYA DALAM ORGANISASI YANG BESAR SEPERTI SPNB SUKAR BAGI KITA BERURUSAN JIKA BERJALAN SEORANG. TIAP KALI APA YANG MEREKA BOLEH KATA TUNGGU KEPUTUSAN ORANG ATAS.

TERIMA KASIH UNTUK HARI INI.

Layout baru website SPNB dan PROJEK TAMAN GONG PERMAI TIADA DALAM SENARAI

3 comments


Salam semua...maafkan saya lama tidak update blog dan penuhi janji lepas untuk upload gambar tapak projek kerana sangat sibuk dengan kerja..apapun seperti yang anda semua telah sedia maklum projek tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, setelah setahun lebih mendapat S&P tiada apa perubahan yang terjadi di tapak projek, cuma yang berubah telah ada tapak pembuangan sampah di tepi jalan masuk tapak projek, Juga jalan masuk yang sebenar juga masih tidak dibuat. Saya cuba juga akan mengambil gambar tapak tersebut.

Berbalik kepada tajuk diatas, Gambar screenshoot tersebut adalah dari layout baru website SPNB. SPNB telah menukar website mereka kepada layout baru dan tiada senarai projek TAMAN GONG PERMAI didalam senarai projek mereka di Wilayah Tengah.

Seperti yang aNda boleh teka, projek berkenaan mungkin tidak akan dilaksanakan.