Perjumpaan pembeli-pembeli Taman Gong Permai akan diadakan pada bulan Disember

5 comments
Salam,

Saya telah terima email update dari SPNB pada 23hb dan perjumpaan akan di adakan pada penghujung bulan Disember 2011. Berikut adalah email dari SPNB :-



Dan SPNB juga memberi saya email ini :-




Saya telah bertanya pada mereka dengan email saya yang saya hantar pada mereka seperti berikut :-

Salam,

Saya telah baca semula email yg dihantar oleh En. Mohd Hishamudin Che
Rusuli, bilakah perjumpaan tersebut akan di buat? dan mengapa perlu
tunggu perjanjian antara SPNB dan Kontraktor?

Kami pembeli2 telah banyak mengagak..

1. Adakah tanah tersebut dijual atas kepentingan sesuatu?
2. Adakah kos pembinaan meningkt dan SPNB tidak dapat menampung?
3. Tidak kah SPNB lupa tentang misi Syarikat?
4. Kenapa setelah menunggu satu tahun lebih S&P di meterai baru mengumumkan?
5. Tidak kah SPNB membayar gaji pada profesional Eng untuk menentukan
kemendapan tanah? setelah berhabisan duit membuat promosi surat
khabar, expo, baru membuat kenyataan tanah tersebut mendap? Adakah ini
sesuatu yang boleh diterima?
6. Apa kontraktor akan buat pada tanah tersebut setelah SPNB jual pada
mereka? Sedangkan tanah tersebut tidak sesuai bagi pembangunan?
7. Siapakah kontraktor tersebut?
8. Tidak cukupkah pakar Enggineering untuk mengelakkan kejadian tanah mendap?
9. Adakah kerajaan tidak memberi budget yang cukup untuk SPNB menjalan
pembinaan tersebut?

Ini adalah soalan dari saya seorang dan banyak lagi soalan yg akan
SPNB terima dari pembeli.

Kami sebagai pembeli merasa tertipu dan kami mempunyai hak untuk
mengetahui apa yang pihak SPNB atau Kerajaan cuba lakukan pada tanah
tersebut, sedangkan apa Perdana Menteri mahukan adalah Rakyat
diutamakan.

Saya berharap pihak SPNB memberi kami tarikh secepat mungkin untuk
perjumpaan tersebut dan saya telah cuba membuat perjumpaan dengan
wakil rakyat atau sesiapa saja yang perlu bagi tujuan bersama kami
pembeli yang tidak banyak mengetahui banyak prosedure2 kes ini untuk
bersama kami pada perjumpaan tersebut.

Diharap pihak atasan Tuan/Puan yang selalu diperkatakan selama 1 tahun
lebih ini dan Pihak Atasan Tuan/Puan yang membuat kami menunggu
selama 1 tahun lebih ini lebih cepat membuat keputusan untuk
perjumpaan tersebut.

Terima Kasih.

Saya harap jika anda mempunyai soalan2 sila tulis dan utarakan pada perjumpaan nanti. Idea-idea dan cadangan anda semua amat diperlukan

Terima Kasih.

PROJEK TAMAN GONG PERMAI TELAH DIBATALKAN

2 comments
Salam semua pembeli,

Saya telah menerima email dari SPNB yang projek Taman Gong Permai telah di berhentikan, sebab-sebab telah dinyatakan dibawah sila baca dengan teliti,



pr@spnb.com.my to me
show details 2:20 PM (3 hours ago)

Assalamualikum dan Salam 1Malaysia

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, projek perumahan Taman Gong Permai telah diberhentikan pembinaan disebabkan oleh tanah di tapak projek tersebut telah mengalami masalah mendapan dan dikhuatiri akan mendatangkan permasalahan jika diteruskan pembinaanya.

Sehubungan itu, SPNB membuat keputusan untuk menjual pembangunan tersebut kepada kontraktor dan ianya telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada 26 Mei 2011.

SPNB akan mengatur satu temu janji dengan pembeli-pembeli sedia ada setelah semua perjanjian di antara SPNB dan kontraktor dimetarai bagi menjelaskan dan membincangkan dengan lebih lanjut berhubung projek tersebut terutama dari segi pemulangan dan pembayaran balik termasuk deposit, yuran guaman, faedah bank dan sebagainya.

Justeru itu, diharap para pembeli sedia ada dapat bersabar dan SPNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, harap maklum.

MOHD HISHAMUDIN CHE RUSULI

SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT

Terasa sedikit terkilan, kerana selepas 1 tahun lebih menunggu ini keputusan yang dikeluarkan.

Kenapa mereka menjual tanah tersebut pada kontraktor, tak bolehkah mereka perbaiki atau teruk sangatkah mendapan? Apa guna teknologi Enggineering? Kenapa sebelum jual tidak di selidik dulu? Apa kontraktor yang beli tanah ini buat? Adakah SPNB tak mampu menanggung kos tersebut? Apa dah jadi perumahan mampu milik 1 Malaysia yang sibuk di war war kan? Mampukah anda nak beli rumah yang rata 150K keatas? Atau tanah tersebut dijual untuk sesuatu kepentingan?

Semua soalan akan terjawab semasa mereka memanggil kita. Bila pulak nak panggil? Saya marah sedikit pasal 1 tahun lebih saya telah rugi menunggu.

MEMANGGIL SEMUA PEMBELI DI TAMAN GONG PERMAI

0 comments
Tujuan saya membuka website ini adalah untuk komuniti TAMAN GONG PERMAI untuk berkongsi dan apa saja yang terlintas untuk kebaikan komuniti nanti. Sebagai pembeli juga saya merasa sangat kecewa dengan apa yang terjadi pada projek tersebut.

Pernah saya berborak dengan seorang rakan tentang projek ini dan tampa sebab yang kukuh ianya tidak berjalan seperti yang dirancang,(setiap kali call tak tau apa sebab) mengikut apa yang dia katakan salah satu sebab projek bermasalah kerana harga unit yg dijual tidak dapat menampung kos projek yang mungkin lebih. Itu semua jika bagi saya tidak penting...apa yang penting sekarang adalah keputusan yang muktamad samada nak diteruskan atau tidak..

Saya tiada pengalaman dalam pembelian rumah, sebab ini adalah rumah pertama yang saya beli. Lagipun setakat gaji 1.5K rumah harga berapa yang boleh dibeli sekarang. Semua rumah harga dah 150K >, Tiada hartanah yang harga seperti SPNB tawarkan. Sekarang sebagai pembeli juga saya nak mengajak sesiapa yang membeli rumah di sini bolehkah kita berkumpul dan berbincang apa yang kita perlu lakukan untuk mempercepatkan keputusan projek ini. Perlukah kita tunggu sehingga tamat S&P dan buat tuntutan atau pada SPNB sekarang untuk menyelesaikan masalah ini.

Bayangkan berapa banyak duit lagi yang perlu dilaburkan untuk rumah sewa. Saya menyewa RM500 sebulan. Projek sepatutnya siap JUN atau JULAI 2012 sekarang dan bulan 3, ada lebih kurang 15 bulan lagi sebelum rumah sepatutnya siap. Anda boleh kira selepas tarikh sepatut siap dan seterusnya untuk menunggu rumah yang terbegkalai siap. Setahun saya kena belanja 6k untuk rumah sewa. Nasib baik SPNB tidak mengambil duit dari Bank lagi jika tidak kena bayar duit bank lagi dan sewa juga...

Saya telah call En.Najib (Marketing department) hari ini dia juga tidak dapat memberi apa jawapan, apa yang di beritahu saya Marketing Department kena tunggu keputusan daripada ENGINEER department dan juga CONSULTANT. Esok saya akan cuba call ENGINEER department dan juga CONSULTANT tengok apa kata mereka, saya akan update lagi..

DI SINI SAYA TINGGALKAN NO. HANDPHONE SAYA 016 DUA KOSONG KOSONG TUJUH EMPAT TUJUH TUJUH. SILA MESEJ SAHAJA jika anda ingin mengikuti perjumpaan nanti TULIS "SAYA PEMBELI TAMAN GONG PERMAI". Saya akan record no telefon anda dan akan hubungi anda semua dan JIKA ANDA MEMPUNYAI IDEA DAN BERPENGALAMAN DALAM URUSAN PEMBELIAN sila terus hubungi saya. SAYA AMAT BERHARAP KITA DAPAT BERJUMPA DAN BERBINCANG.

SAYA PERCAYA DALAM ORGANISASI YANG BESAR SEPERTI SPNB SUKAR BAGI KITA BERURUSAN JIKA BERJALAN SEORANG. TIAP KALI APA YANG MEREKA BOLEH KATA TUNGGU KEPUTUSAN ORANG ATAS.

TERIMA KASIH UNTUK HARI INI.

Layout baru website SPNB dan PROJEK TAMAN GONG PERMAI TIADA DALAM SENARAI

3 comments


Salam semua...maafkan saya lama tidak update blog dan penuhi janji lepas untuk upload gambar tapak projek kerana sangat sibuk dengan kerja..apapun seperti yang anda semua telah sedia maklum projek tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, setelah setahun lebih mendapat S&P tiada apa perubahan yang terjadi di tapak projek, cuma yang berubah telah ada tapak pembuangan sampah di tepi jalan masuk tapak projek, Juga jalan masuk yang sebenar juga masih tidak dibuat. Saya cuba juga akan mengambil gambar tapak tersebut.

Berbalik kepada tajuk diatas, Gambar screenshoot tersebut adalah dari layout baru website SPNB. SPNB telah menukar website mereka kepada layout baru dan tiada senarai projek TAMAN GONG PERMAI didalam senarai projek mereka di Wilayah Tengah.

Seperti yang aNda boleh teka, projek berkenaan mungkin tidak akan dilaksanakan.

130 unit rumah teres kos rendah dan rumah teres kos sederhana rendah telah habis dijual

0 comments
Sebanyal 65 buah rumah teres kos rendah dan 65 buah kos sederhana rendah telah habis dijual.

Untuk makluman hanya fasa pertama mempunyai rumah teres satu tingkat kos rendah dan sederhana rendah dan semua 130 buah telah habis dijual. jadi yg tinggal sekarang 34 (tak sure tapi ikut laman web 34 buah) buah rumah teres 2 tingkat dan 130 buah pangsapuri 5 tingkat. Saya ada tanya sale person rumah 2 tingkat tinggal tak lebih 10 unit yg masih kosong. Pangsapuri pun dah ada pembeli tapi x sure berapa yg tinggal.

Nak share layout lakaran masterplan Taman Gong Permai ni.




layout sebenar boleh tanya sale officer mereka. Lakaran tulisan diatas yang saya buat di atas berpandukan mereka punya layout semasa saya beli rumah tersebut.

Pada boroy yang tanya tanah ni tepi laut ni x elok dan tempat kurang bagus, itu susah nak cakap. Saya pun sebenarnya asal dari Sg Haj Dorani tanah sawah dengan laut jadi x tau nak kata macam mana. Tepuk dada tanya selera.:) pasal saya pun bukan ada pengalaman hartanah ni.

ok see u next untuk update gambar terbaru macam mana status projek ni.



D' Tiara Water Front di Hadapan Taman Gong Permai

0 comments
Sebut dihadapan bukan betul2 di depan tetapi di seberang selat tetapi menghadap ke arah Taman Gong Permai.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal projek ni, boleh terus ke http://www.dtiara.com/properties/waterfont_resort/index.html. Ada beberapa fasa yang dibangunakan dan mengikut laman web tersebut 1st phase adalah hotel, resort hotel, services suite, water theme park, shopping mall dan jeti marina.

Hotel Project of D’ Tiara Corp Sdn. Bhd. at Pulau Indah

D'Tiara Corp Sdn Bhd (DTC) has a strong experience in property projects in Malaysia. The executive director Pua Yow Liang said, DTC will develop the RM800 million multi-phase D'Tiara Waterfront Resort in Pulau Indah.

Pulau Indah is an island where visitors can experience life in a traditional Malay village. This is the best place to enjoy the rustic and laidback charms of kampung (village) life, set amidst lush greenery and the Straits of Malacca. Pulau Indah is also the location of Klang's new West Port and cruise terminal. When the Pulau Indah hotel project completes, it will boost tourism in Pulau Indah in the future.

D'Tiara Waterfront Resort in Pulau Indah.

The Concept

D’Tiara Waterfront Resort in Pulau Indah is strategically located on an island and its development comprises commercial and recreation property. The development has a fantastic view of Selat Lumut (Straits of Lumut) which stretches the shoreline for about 3.5 kilometres. The concept of D’Tiara Waterfront Resort at Pulau Indah has the following objectives:

To create a property development project that meets the residents' needs and to take advantage of Klang as the next growth area.

To provide investment opportunity for investors with a profit guarantee scheme which yields a higher return over fixed deposit placements.

To create a niche market for resort type lifestyle targeting property investors and potential residents through its unique resort villas and canal bungalows, as opposed to the jaded conventional residential units.

The main catalyst of this development shall be leisure lifestyle living backed by the available comforts of resort hotel, business hotel and theme parks and other amenities and facilities which are currently still lacking at the development area.


Saya dah cuba googling dan apa yang saya dapat juga yang ini

The first phase, covering 100 acres with a gross development value (GDV) of RM800 million, will include a business hotel, shopping mall, marina club, hotel suites and seafood hypermarket as well as residential villas and canal bungalows, said Oilcorp executive director Pua Yow Liang. It will be completed in four to five years’ time.


Tak pernah pulak survey tempat ni, maby nanti kalau ada masa.

Salam perkenalan.

7 comments
Hi Salam perkenalan buat Warga Taman Gong Permai, Klang boleh tinggalkan komen untuk perkenalkan diri.

Terima Kasih.