Perjumpaan pembeli-pembeli Taman Gong Permai akan diadakan pada bulan Disember

Salam,

Saya telah terima email update dari SPNB pada 23hb dan perjumpaan akan di adakan pada penghujung bulan Disember 2011. Berikut adalah email dari SPNB :-



Dan SPNB juga memberi saya email ini :-




Saya telah bertanya pada mereka dengan email saya yang saya hantar pada mereka seperti berikut :-

Salam,

Saya telah baca semula email yg dihantar oleh En. Mohd Hishamudin Che
Rusuli, bilakah perjumpaan tersebut akan di buat? dan mengapa perlu
tunggu perjanjian antara SPNB dan Kontraktor?

Kami pembeli2 telah banyak mengagak..

1. Adakah tanah tersebut dijual atas kepentingan sesuatu?
2. Adakah kos pembinaan meningkt dan SPNB tidak dapat menampung?
3. Tidak kah SPNB lupa tentang misi Syarikat?
4. Kenapa setelah menunggu satu tahun lebih S&P di meterai baru mengumumkan?
5. Tidak kah SPNB membayar gaji pada profesional Eng untuk menentukan
kemendapan tanah? setelah berhabisan duit membuat promosi surat
khabar, expo, baru membuat kenyataan tanah tersebut mendap? Adakah ini
sesuatu yang boleh diterima?
6. Apa kontraktor akan buat pada tanah tersebut setelah SPNB jual pada
mereka? Sedangkan tanah tersebut tidak sesuai bagi pembangunan?
7. Siapakah kontraktor tersebut?
8. Tidak cukupkah pakar Enggineering untuk mengelakkan kejadian tanah mendap?
9. Adakah kerajaan tidak memberi budget yang cukup untuk SPNB menjalan
pembinaan tersebut?

Ini adalah soalan dari saya seorang dan banyak lagi soalan yg akan
SPNB terima dari pembeli.

Kami sebagai pembeli merasa tertipu dan kami mempunyai hak untuk
mengetahui apa yang pihak SPNB atau Kerajaan cuba lakukan pada tanah
tersebut, sedangkan apa Perdana Menteri mahukan adalah Rakyat
diutamakan.

Saya berharap pihak SPNB memberi kami tarikh secepat mungkin untuk
perjumpaan tersebut dan saya telah cuba membuat perjumpaan dengan
wakil rakyat atau sesiapa saja yang perlu bagi tujuan bersama kami
pembeli yang tidak banyak mengetahui banyak prosedure2 kes ini untuk
bersama kami pada perjumpaan tersebut.

Diharap pihak atasan Tuan/Puan yang selalu diperkatakan selama 1 tahun
lebih ini dan Pihak Atasan Tuan/Puan yang membuat kami menunggu
selama 1 tahun lebih ini lebih cepat membuat keputusan untuk
perjumpaan tersebut.

Terima Kasih.

Saya harap jika anda mempunyai soalan2 sila tulis dan utarakan pada perjumpaan nanti. Idea-idea dan cadangan anda semua amat diperlukan

Terima Kasih.

5 Response to "Perjumpaan pembeli-pembeli Taman Gong Permai akan diadakan pada bulan Disember"

  1. mohimin marzuki Says:

    saya pun salah seorang dari pembeli, rasa kecewa sangat,dan ini merupakan rumah saya yang pertama,dalam bajet 2012,rumah mampu milik (rumah pertama ku)di lancarkan,jadi cadangan saya spnb merupakan syarikat di bawah kerajaan,jadi sekiranya projek taman gong permai dibatalkan,elok di tukarkan ke projek yang lain di lembah klang juga.sekiranya perkara ini tidak selesai,spnb dan kerajaan di bawah perdana menteri najib tun razak, harus di salahkan,saya tidak mahu ambil wang kembali, tetapi saya nak rumah,wang akan habis, tetapi rumah saya nak duduki.

  2. mohimin marzuki Says:

    saya pun baru mengetahuinya, itu pun saya call peguam, jadi saya pembeli ini mcm pengemis jalanan.sepatutnya pemaju hantar memo kepada pembeli,tidak hairanlah kalau pemaju swasta menipu, sedangkan pemaju kelolaan kerajaan pun menipu.yang jadi mangsa rakyat lah tertipu.mana peruntukan belanjawan 2012.nak harapkan en. salam(spnb)telepon sentiasa tutup.takut ke?

  3. mohimin marzuki Says:

    saya dapat surat dari spnb yang mana ia akan pulangkan wang kita tanpa memberi pampasan yg sewajarnya.saya akan panjangkan ke kementerian perumahan dan kerajaan tempatan,tribunal tuntutan pembeli rumah,dan ke mahkamah.

  4. mohimin marzuki Says:

    assalamualaikum.pada para pembeli rumah kita kena bersatu,untuk membuat aduan dan tuntutan ke tribunal perumahan,kerana kerajaan telah memberi peruntukan perumahan dalam bajet 2012.dan sekiranya perlu kita bawa ke mahkamah untuk di adili , apa 2 hal.call saya 012-6829015,mohimin pembeli kecewa.

  5. mohimin marzuki Says:

    kita kumpulkan para pembeli, dan buat aduan ke tribunal perumahan selepas raya cina.kita kena berkumpul di balai polis klang dan buat laporan polis terlebih dahulu dan kita ke putrajaya di bangunan tribunal perumahan terletak di PRESIAT 4 , PUTRAJAYA.

Post a Comment