PROJEK TAMAN GONG PERMAI TELAH DIBATALKAN

Salam semua pembeli,

Saya telah menerima email dari SPNB yang projek Taman Gong Permai telah di berhentikan, sebab-sebab telah dinyatakan dibawah sila baca dengan teliti,



pr@spnb.com.my to me
show details 2:20 PM (3 hours ago)

Assalamualikum dan Salam 1Malaysia

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman, projek perumahan Taman Gong Permai telah diberhentikan pembinaan disebabkan oleh tanah di tapak projek tersebut telah mengalami masalah mendapan dan dikhuatiri akan mendatangkan permasalahan jika diteruskan pembinaanya.

Sehubungan itu, SPNB membuat keputusan untuk menjual pembangunan tersebut kepada kontraktor dan ianya telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada 26 Mei 2011.

SPNB akan mengatur satu temu janji dengan pembeli-pembeli sedia ada setelah semua perjanjian di antara SPNB dan kontraktor dimetarai bagi menjelaskan dan membincangkan dengan lebih lanjut berhubung projek tersebut terutama dari segi pemulangan dan pembayaran balik termasuk deposit, yuran guaman, faedah bank dan sebagainya.

Justeru itu, diharap para pembeli sedia ada dapat bersabar dan SPNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, harap maklum.

MOHD HISHAMUDIN CHE RUSULI

SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT

Terasa sedikit terkilan, kerana selepas 1 tahun lebih menunggu ini keputusan yang dikeluarkan.

Kenapa mereka menjual tanah tersebut pada kontraktor, tak bolehkah mereka perbaiki atau teruk sangatkah mendapan? Apa guna teknologi Enggineering? Kenapa sebelum jual tidak di selidik dulu? Apa kontraktor yang beli tanah ini buat? Adakah SPNB tak mampu menanggung kos tersebut? Apa dah jadi perumahan mampu milik 1 Malaysia yang sibuk di war war kan? Mampukah anda nak beli rumah yang rata 150K keatas? Atau tanah tersebut dijual untuk sesuatu kepentingan?

Semua soalan akan terjawab semasa mereka memanggil kita. Bila pulak nak panggil? Saya marah sedikit pasal 1 tahun lebih saya telah rugi menunggu.

2 Response to "PROJEK TAMAN GONG PERMAI TELAH DIBATALKAN"

  1. mohimin marzuki Says:

    ni,saya baru dapat surat dari spnb,dia nak pulangkan wang kita,apa yang kita bayar saja,tanpa memberi pampasan yg sewajarnya.saya akan panjangkan ke kementerian perumahan dan kerajaan tempatan,ke tribunal tuntutan pembeli rumahdan juga untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

  2. saiful Says:

    salam...
    alhamdulillah batal gak projek ni... boleh la sy cari rmh lain plak... & sy pn dh terima srt pembatalan tu... hampir 3 thn tggu mcm ni jadi nya...

Post a Comment