Layout baru website SPNB dan PROJEK TAMAN GONG PERMAI TIADA DALAM SENARAI



Salam semua...maafkan saya lama tidak update blog dan penuhi janji lepas untuk upload gambar tapak projek kerana sangat sibuk dengan kerja..apapun seperti yang anda semua telah sedia maklum projek tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, setelah setahun lebih mendapat S&P tiada apa perubahan yang terjadi di tapak projek, cuma yang berubah telah ada tapak pembuangan sampah di tepi jalan masuk tapak projek, Juga jalan masuk yang sebenar juga masih tidak dibuat. Saya cuba juga akan mengambil gambar tapak tersebut.

Berbalik kepada tajuk diatas, Gambar screenshoot tersebut adalah dari layout baru website SPNB. SPNB telah menukar website mereka kepada layout baru dan tiada senarai projek TAMAN GONG PERMAI didalam senarai projek mereka di Wilayah Tengah.

Seperti yang aNda boleh teka, projek berkenaan mungkin tidak akan dilaksanakan.

3 Response to "Layout baru website SPNB dan PROJEK TAMAN GONG PERMAI TIADA DALAM SENARAI"

  1. Anonymous Says:

    assalamualaikum. kepada semua pembeli rumah taman gong permai. kita perlu bersatu untuk menuntut pampasan dari spnb.yang mana spnb gagal untuk siapkan rumah. kita kena buat aduan dan minta tribunal perumahan siasat perkara ini.sedangkan kerajaan telah memberi peruntukan untuk projek rumah dalam bajet 2012.sekiranya perlu kita perlu ambil tindakan mahkamah,untuk di adili. pada para pembeli. apa 2 call saya 012-6829015,mohimin pembeli kecewa.

  2. Anonymous Says:

    Salam

    Saya salah sorang pembeli rumah taman gong permai dan merasa sangat kecewa dengan sikap SPNB berkaitan pembatalan projek tersebut. Setelah dua tahun menunggu baru di maklumkan bahawa projek tersebut tidak dapat dijalankan atas alasan teknikal yang tidak pasti kebenarannya. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku disebabkan SPNB merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang hartanah.Macam mana SPNB nak bina rumah mesra rakyat jikalau projek ini yang sepatutnya siap JUN 2012 di batalkan disaat2 akhir. Adakah ini mainan politik atau ade kepentingan tertentu yang menyebabkan perkara ini berlaku. Saya ada terima call dari peguam yang menyatakan SPNB akan membuat bayaran pada penghujung bulan ini di atas pembatalan kontrak tersebut dan meminta saya faxkan semua resit pembayaran...apa pandangan tuan2 berkenaan hal ini? kalau nak buat perjumpaan @ pebincangan bolehlah call saya di 019-6479391..rahim

  3. mohimin marzuki Says:

    salam. tak pe,kita layan aje,tapi resit original,kita simpan dan kita kemukakan pada tribunal,dan sekiranya perlu kita bawa ke mahkamah,kita ambil peguam yang berpengalaman,seperti kapal singh atau gobel singh,saya yakin perkara ini perlu di bawa ke tengah juga, memandangkan spnb pujuk kita supaya perkara ini jangan di bawa ke tengah. banyak cantik, saya amat tidak setuju sekiranya spnb hanya bayar ,apa yang kita bayar saja tanpa memberi pampasan 10 %dari harga rumah,sepertimana termaktub dalam surat perjanjian(snp). mana 2 yang gagal memenuhi syarat boleh di kenakan tindakan susulan.

Post a Comment